X

Kindly register in order to view this article
!

Tidak perlu takut jadi pemberi maklumat

Masyarakat tidak perlu takut lapor kes rasuah kerana ada undang-undang melindungi pemberi maklumat. - Foto 123RF
A
A

SHAH ALAM - Masyarakat tidak perlu gentar untuk membantu pihak berkuasa membanteras kes rasuah di negara ini.

Peguambela, Peguamcara dan Peguam Syarie Tetuan Atiqah Syafiqah & Associates, Syafiqah Abdul Razak berkata, masyarakat perlu berani dan tidak perlu takut untuk melaporkan kes rasuah kerana adanya undang-undang yang akan melindungi pemberi maklumat.

Menurutnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa memastikan kerahsiaan maklumat dan pemberi maklumat dilindungi daripada mana-mana pihak dalam apa jua keadaan.

“Pemberi maklumat merupakan individu yang membuat pendedahan mengenai jenayah rasuah berdasarkan pengetahuannya dan dilindungi di bawah Seksyen 65 Akta SPRM 2009 dan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

“Pemberi maklumat yang menjadi saksi bagi sesuatu kes rasuah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Syafiqah berkata, amalan rasuah berlaku tanpa mengira darjat namun golongan atasan sering dikaitkan dengan skala besar.

Beliau berkata, hanya kefahaman agama akan menjadi benteng individu untuk tidak terlibat dengan rasuah.

“Ajaran Islam akan menentang kezaliman terhadap individu lain,” katanya.

Sementara itu, Syafiqah menegaskan, usaha memerangi rasuah perlu melibatkan semua golongan.

Katanya, keamanan dan kemakmuran yang sebenar adalah apabila setiap individu itu mampu menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan berintegriti.

Syafiqah juga menyokong usaha Sinar Harian melaksanakan kempen Rasuah Busters sebagai langkah memerangi rasuah di negara ini.

“Kami menyokong semua kempen menentang rasuah termasuk kempen Rasuah Busters,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!