Trend cikgu tayang video berTikTok di dalam kelas

Trend tayang video TikTok sudah menjadi kegilaan segelintir cikgu-cikgu ketika ini. - Foto 123RF
Trend tayang video TikTok sudah menjadi kegilaan segelintir cikgu-cikgu ketika ini. - Foto 123RF
A
A
A

MERAK Jalanan perhatikan trend tayang video TikTok terpekik pada anak murid sudah macam jadi kegilaan segelintir cikgu-cikgu sekarang.

Tak tahu motifnya, mereka gemar berkongsi video rakaman terpekik-pekik atau membebel di dalam kelas.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, ramai guru suka memuat naik video pembelajaran mereka dalam aplikasi TikTok.

Itu tidak mengapa. Namun, kandungan tidak ketahuan tujuannya, tidak sesuai untuk tatapan ramai.

Apa yang berlaku di dalam kelas, biarlah kekal di dalam kelas. Tak salah berTikTok tapi biar kena tempatnya.

Yang Merak Jalanan perasan, ada sesetengah guru khususnya wanita sekadar nak tunjuk muka lawa dan bentuk tubuh 'mengancam’.

Mujurlah aksi TikTok itu dibuat depan anak murid belum baligh di sekolah rendah, kalau di sekolah menengah, mungkin lain pula jadinya.

Semasa TikTok muncul beberapa tahun lalu, Merak Jalanan melihatnya sebagai aplikasi penuh noda dan dosa. Ada video yang tak masuk akal.

Artikel Berkaitan:

Banyak kandungan seksual yang tidak sesuai ditonton. Malah, ada negara yang mengharamkan aplikasi dari China itu.

Namun, TikTok boleh dikatakan aplikasi baharu paling pantas berkembang.

Setakat ini lebih satu bilion muat turun dicatatkan dengan majoriti pengguna adalah Gen Z berusia 15 hingga 25 tahun.

Konsep video pendek kurang satu minit, disertakan dengan lagu latar yang catchy telah menjadikan TikTok satu ketagihan baharu.

Merak Jalanan percaya cara bagaimana kita menggunakan media sosial adalah lebih penting daripada persepsi mengenainya.

Jadi, tak salah kalau TikTok dijadikan platform untuk cikgu-cikgu mengajar tetapi bukan sebaliknya.

Pesan Merak Jalanan, tolonglah jaga imej guru. Ingat, guru kencing berdiri, murid kencing berlari!