Kerjasama politik: Pas Perak serah pada pusat

Razman Zakaria
Razman Zakaria
A
A
A

IPOH - Pas Perak menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan untuk menentukan segala hala tuju kerjasama politik pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, malah mana-mana parti politik yang mahu melaksanakan penjajaran politik baharu juga terpulang untuk berbuat demikian.

Menurutnya, Pas sehingga kini konsisten dengan pendirian untuk terus memperkasa Muafakat Nasional dan mempertahankan Perikatan Nasional.

"Pas juga memperjuangkan soal ketelusan perundangan dengan tidak ada campur tangan dalam agensi penyiasatan, pendakwaan dan penghakiman.

"Kita juga turut menentang sebarang perbuatan rasuah, memperjuangkan integriti, akautabiliti dan kebertanggungjawaban kepada seluruh kakitangan awam dan orang politik," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa PKR telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin UMNO.

Sementara itu, Razman berkata, sebarang keputusan mengenai penjajaran politik itu terserah kepada pimpinan parti masing-masing menentukan hala tuju politik mereka.

Beliau berharap pada masa akan datang rakyat menjadi lebih matang dalam membuat pilihan pada PRU.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Masih terlalu awal tentukan kerjasama PKR-UMNO: Anwar

'PKR tidak bincang kerjasama dengan UMNO