Cheng Hoe panggil De Paula sertai latihan pusat Harimau Malaya

De Paula antara muka baharu dipanggil Cheng Hoe bagi menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya di Johor Bahru bermula Isnin depan. - Foto Perak FC
De Paula antara muka baharu dipanggil Cheng Hoe bagi menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya di Johor Bahru bermula Isnin depan. - Foto Perak FC
A
A
A

PEMAIN naturalisasi baharu negara, Guilherme de Paula antara muka baharu dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya selama sembilan hari di Johor Bahru bermula Isnin depan.

Selain pemain Perak FC itu, Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk), Ramadhan Saifullah Usman (Johor Darul Ta’zim FC), penjaga gol Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC) juga merupakan antara muka baharu dalam senarai 28 pemain.

Bagaimanapun, dua pemain yang berkelana di luar negara, Liridon Krasniqi dan Junior Eldstal tidak dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe ke kem latihan pusat skuad berkenaan.

Cheng Hoe berkata, pemain naturalisasi kedua negara, Liridon yang beraksi bersama Newcastle Jets di Liga Australia (Liga-A) dan Junior yang beraksi bersama Chonburi FC di Liga 1 Thailand, tidak dipanggil kerana kesukaran tempoh kuarantin untuk masuk ke Malaysia dan kembali ke negara berkenaan.

"Lagipun saya melihat kedua-dua pemain ini sedang meningkatkan persembahan dan prestasi masing-masing bersama kelab baharu ini. Jadi saya kira lebih baik mereka menyertai latihan pada Mei nanti dengan prestasi yang lebih baik selepas mendapat aksi minit permainan di Liga Australia dan Liga Thailand,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Safawi Rasid pula tidak disenaraikan kerana mengalami kecederaan pada aksi Liga Super di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan UiTM FC, Sabtu lalu.

Kem itu adalah sebagai persiapan menjelang baki tiga perlawanan terakhir Kumpulan G bagi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan diadakan secara berpusat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun.

Cheng Hoe juga mengekalkan seramai 17 pemain dari skuad 23 pemain ketika dua aksi terakhir kelayakan sebelum ini, iaitu bertemu Thailand dan Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 14 dan 19 November 2019.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak enam pemain, Samuel Somerville (Penang FC), Rodney Celvin Akwensivie (Kedah Darul Aman FC), Arif Fadzilah Abu Bakar (Terengganu FC), Shahrul Nizam Ros Hasni (Terengganu FC), S. Kumaahran (Melaka United FC) dan Darren Lok (PJ City FC) diletakkan dalam senarai simpanan.

Sementara itu, Cheng Hoe berkata Johor Bahru dipilih sebagai lokasi latihan pusat kali ini kerana kemudahan lengkap yang dimiliki JDT adalah bertaraf dunia dan yang terbaik untuk bola sepak di negara ini.

“Fasiliti JDT merupakan sebuah pusat latihan berprestasi tinggi dan sudah tentu saya mengharapkan sesuatu yang terbaik dapat dihasilkan oleh skuad kebangsaan kerana persiapan bagi tiga perlawanan terakhir ini cukup penting.

“Pusat Latihan JDT ini juga memiliki pusat kecergasan dan perubatan mereka sendiri, selain dapat memenuhi keperluan untuk latihan diadakan dalam pelbagai jenis permukaan padang dan ia terletak berdekatan dengan hotel penginapan pasukan.

"Dengan mengambil kira pandemik Covid-19 yang telah menjejas persiapan kami sejak lebih setahun lalu, skuad Harimau Malaya sudah tentu memerlukan setiap kelebihan yang ada dalam persiapan yang cukup singkat ini dan semuanya dapat kami lakukan di pusat latihan serba lengkap ini," jelasnya.

Beliau berkata tempoh sembilan hari itu cukup penting untuk meningkatkan semula persefahaman para pemainnya sama ada di dalam dan juga di luar padang kerana tidak banyak masa apabila berkumpul pada Mei nanti.

“Jadi kesempatan yang ada ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk memberitahu pemain tentang perancangan kita pada Mei nanti supaya semua sudah bersedia dan benar-benar fokus untuk aksi bertemu UAE (3 Jun), Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) itu,” tambahnya.

INFO

SENARAI 28 PEMAIN

1. MOHD FARIZAL MARLIAS, 35, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

2. MATTHEW DAVIES, 26, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

3. MOHAMAD AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK, 34, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

4. ADAM NOR AZLIN, 25, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

5. LA’VERE CORBIN-ONG, 30, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

6. MUHAMMAD RAMADHAN SAIFULLAH USMAN, 21, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

7. MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA, 24, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

8. MOHD AFIQ FAZAIL, 27, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

9. MUHAMMAD DANIAL AMIER NORHISHAM, 24, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

10. MUHAMMAD NAZMI FAIZ MANSOR, 27, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

11. MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID, 22, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

12. MOHAMADOU SUMAREH, 27, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

13. MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD, 26, JOHOR DARUL TA’ZIM FC

14. MOHD KHAIRULAZHAN MOHD KHALID, 32, SELANGOR FC

15. MUHAMMAD SYAHMI SAFARI, 23, SELANGOR FC

16. BRENDAN GAN, 33, SELANGOR FC

17. MUHAMMAD SHAHREL FIKRI MD FAUZI, 27, SELANGOR FC

18. MUHAMMAD RAHADIAZLI RAHALIM, 20, TERENGGANU FC

19. MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM, 23, TERENGGANU FC

20. SHAHRUL MOHD SAAD, 28, PERAK FC

21. GUILHERME DE PAULA LUCRECIO, 35, PERAK FC

22. MUHAMMAD FAZLY MAZLAN, 28, SRI PAHANG FC

23. MUHAMAD NOR AZAM ABDUL AZIH, 26, SRI PAHANG FC

24. KHAIRUL FAHMI CHE MAT, 32, MELAKA UNITED FC

25. MOHD RIZAL MOHD GHAZALI, 29, KEDAH DARUL AMAN FC

26. MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA, 26, KUALA LUMPUR CITY FC

27. LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN,19, KV KORTRIJK (BELGIUM)

28. NORSHAHRUL IDLAN TALAHA, 35, SARAWAK UNITED FC