Ditahan kurang 24 jam selepas pecah rumah

Suspek yang mempunyai 14 rekod jenayah ditahan kurang 24 jam selepas melakukan pecah rumah di Taman Ujana Kingfisher, Kota Kinabalu pada Isnin.
Suspek yang mempunyai 14 rekod jenayah ditahan kurang 24 jam selepas melakukan pecah rumah di Taman Ujana Kingfisher, Kota Kinabalu pada Isnin.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang lelaki ditahan polis dalam tempoh kurang 24 jam selepas melakukan jenayah pecah rumah di Taman Ujana Kingfisher, di sini pada Ahad.

Suspek berusia 29 tahun yang mempunyai 14 rekod jenayah itu ditahan kira-kira jam 4 petang Isnin di Kampung Kalansanan, Inanam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, tangkapan dibuat susulan laporan pengadu yang berusia 44 tahun mengatakan rumahnya dipecah masuk.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui kesan umpil di pintu utama dipercayai kaedah yang digunakan penjenayah untuk masuk ke rumah pengadu.

“Hasil siasatan lanjut, suspek akhirnya berjaya ditahan dan turut merampas beg silang yang mengandungi telefon pintar jenama Samsung A8 bersama sebuah laptop jenama ASUS,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Habibi berkata, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut termasuk diarahkan menjalani ujian saringan air kencing namun didapati negatif.

“Bagaimanapun, hasil semakan lanjut, suspek didapati mempunyai 14 rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah harta benda dan narkotik.

"Suspek kini ditahan reman untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: