Persatuan anak Kelantan anjur kempen bantu tingkat tabung darah

Poster Kempen Derma Darah anjuran JUAAK yang akan diadakan pada 26 hingga 28 Mac di Ibu Pejabat Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.
Poster Kempen Derma Darah anjuran JUAAK yang akan diadakan pada 26 hingga 28 Mac di Ibu Pejabat Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Jalinan Ukhwah Anok-Anok Kelate (JUAAK) akan menganjurkan Kempen Derma Darah dengan kerjasama Hospital Shah Alam dan Kumpulan Karangkraf bagi meningkatkan kuantiti tabung darah negara.

Presidennya, Mohd Shukri Yusoff berkata, program yang bertemakan Derma Anda Mampu Menyelamatkan Satu Nyawa akan dijalankan selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Mac di Ibu Pejabat Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

Menurutnya, kempen tersebut bermula jam 10 pagi hingga 4 petang dan menyasarkan seramai 300 penderma.

“Saya mengharapkan agar mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada ahli persatuan dan juga orang awam di kawasan Lembah Klang.

“Kempen ini dijalankan secara terbuka, kami menyasarkan mereka yang berumur 18 tahun menderma bagi meningkatkan tabung darah di negara kita,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Mohd Shukri bersama dua buah basikal sebagai hadiah utama cabutan bertuah Kempen Derma Darah pada 26 hingga 28 Mac di Ibu Pejabat Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.
Mohd Shukri bersama dua buah basikal sebagai hadiah utama cabutan bertuah Kempen Derma Darah pada 26 hingga 28 Mac di Ibu Pejabat Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

Dalam masa sama, Mohd Shukri berkata, sagu hati turut diberikan kepada mereka yang hadir bagi menderma darah sebagai tanda penghargaan.

Tambahnya, cabutan bertuah turut diadakan dan menawarkan dua buah basikal serta hamper kepada mereka yang bernasib baik.

Artikel Berkaitan:

Menurut Mohd Shukri, sebarang pertanyaan berkaitan program tersebut, boleh hubungi talian 012-6693726.