Minuman keras bernilai RM1.657 juta dirampas

Abdul Latif (tengah) menunjukkan minuman keras bernilai RM1.657 juta termasuk cukai dan duti yang dirampas pada 9 Mac lalu.
Abdul Latif (tengah) menunjukkan minuman keras bernilai RM1.657 juta termasuk cukai dan duti yang dirampas pada 9 Mac lalu.
A
A
A

MELAKA - Penahanan empat individu termasuk dua lelaki warga asing di sebuah gudang berlesen awam di Puchong, Selangor membawa kepada rampasan minuman keras dianggarkan bernilai RM1.657 juta termasuk cukai dan duti pada 9 Mac lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, hasil risikan mendapati sindiket minuman keras seludup itu dibawa dari Pelabuhan Klang menggunakan treler untuk disimpan di gudang berkenaan sebelum diedar.

Menurutnya, kesemua suspek dalam lingkungan usia 24 hingga 47 tahun itu ditahan selepas didapati cuba menempatkan pelbagai minuman keras yang diseludup di gudang tersebut.

"Sepasukan penguat kuasa JKDM dari Cawangan Narkotik JKDM bersama Cawangan Penguatkuasaaan JKDM Melaka telah menahan sebuah treler di lokasi terbabit.

"Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan berat itu kita menemui minuman keras tidak bercukai pelbagai jenama bernilai RM139,809.41 dengan anggaran duti terlibat RM1.657 juta," katanya pada sidang media di Wisma Kastam Ayer Keroh di sini pada Selasa.

Jelasnya, pihak terlibat memanipulasikan borang Nombor 8 sebagai lakonan bagi menempatkan minuman keras tersebut yang dibawa dari Pelabuhan Klang.

"Selepas kita memeriksa borang itu, kita dapati jenis barang-barang yang diisytiharkan tidak sama iaitu hanya minuman keras jenis bir tetapi di dalam muatan tersebut terdapat arak beralkohol tinggi (liqueur).

"Mereka sebenarnya telah memanipulasikan pergerakan minuman keras bagi melakukan transit dari Pelabuhan Klang ke gudang berlesen awam, Puchong," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976.