Lindungi pemandu lori: 7 anggota JPJ antara 11 direman di Melaka

Sebahagian individu yang direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 tiba di Mahkamah Melaka Ayer Keroh pada Selasa.
Sebahagian individu yang direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 tiba di Mahkamah Melaka Ayer Keroh pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Seorang wanita antara 11 individu direman selama lima hingga tujuh hari bagi membantu siasatan selepas disyaki terbabit dalam rasuah dan melindungi pemandu lori di negeri ini.

Tempoh reman terhadap tujuh pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka serta empat orang awam itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Lee Kim Keat untuk membantu siasatan.

Semua suspek berusia 23 hingga 57 tahun itu direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 kerana disyaki melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya di negeri ini.

Selain Melaka, SPRM turut melakukan operasi besar-besaran menerusi Ops Sukat di empat negeri lain iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Difahamkan, pegawai JPJ yang ditahan tersebut melibatkan pelbagai gred termasuk pegawai kanan manakala orang awam pula merupakan proksi.

Difahamkan modus operandi yang digunakan pegawai-pegawai berkenaan dengan tidak mengambil tindakan terhadap pengusaha lori yang telah melakukan kesalahan jalan raya setelah menerima wang rasuah yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi atau proksi secara bulanan.

Mereka dipercayai menerima kira-kira RM150 hingga RM3,000 sebulan dengan nilai keseluruhan melibatkan kira-kira RM1.64 juta dan perbuatan itu dipercayai dilakukan sejak 2019 hingga 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Sindiket lindungi pemandu lori: Tiga penguat kuasa JPJ Pulau Pinang direman

Artikel Berkaitan:

Lapan anggota JPJ lindungi syarikat pengangkutan direman

Terima sogokan: Tiga pegawai JPJ, dua proksi direman

32 pegawai JPJ antara ditahan terlibat rasuah RM1.64 juta