X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 29 Oktober 2021

Ketua Pembangkang Selangor terima suntikan vaksin Covid-19

Rizam menerima suntikan Vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Sungai Air Tawar pada Selasa.
A
A

SABAK BERNAM - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Rizam Ismail menerima suntikan Covid-19 pada Selasa.

Rizam berkata, beliau mendapat suntikan itu di Klinik Kesihatan Sungai Air Tawar bersama petugas barisan hadapan.

"Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua pegawai kesihatan di DUN (Dewan Undangan Negeri) Sungai Air Tawar yang telah bertungkus lumus memastikan kesihatan terbaik kepada penduduk," katanya yang memuat naik status di Facebook beliau pada Selasa.

Rizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar berkata, beliau berharap rakyat di DUN itu untuk mendaftar dalam program imunisasi serta mempercayai kebaikan suntikan vaksin Covid-19.

"Sama-sama kita berdoa, semoga Covid-19 cepat hilang di bumi Malaysia ini," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!