Lelaki ditahan bersama 41 bungkus air ketum

Bungkusan air dan daun ketum yang dirampas susulan penahanan suspek di Felda Mempaga, Bentong pada Isnin.
Bungkusan air dan daun ketum yang dirampas susulan penahanan suspek di Felda Mempaga, Bentong pada Isnin.
A
A
A

BENTONG - Seorang lelaki ditahan bersama 41 bungkus air ketum hasil serbuan Ops Tapis di sebuah rumah di Felda Mempaga, di sini pada Isnin.

Susulan penahanan suspek berusia 31 tahun itu, polis turut menemui dan merampas enam bungkusan plastik berisi daun ketum yang belum diproses dengan anggaran berat lebih 26 kilogram.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, turut dirampas peralatan disyaki digunakan untuk memproses air ketum termasuk periuk, dapur dan tong gas.

Menurutnya, suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

"Jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya sekali," katanya melalui satu kenyataan pada Selasa.

Zaiham berkata, pihaknya berterima kasih kepada orang awam yang membantu menyalurkan maklumat dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah dan air ketum di daerah itu.

Artikel Berkaitan: