Belia dipelawa sertai MyVAC bantu laksana Program PICK: Reezal Merican

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican - Foto Bernama
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Golongan belia dipelawa menyertai Program Vaccine Support Volunteers (MyVAC) bagi membantu menjayakan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dalam memastikan keberkesanannya.

"Jom bantu frontliners kita! Kita bantu rakyat yang memerlukan sepanjang proses imunisasi ini berjalan," kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu hantaran Facebooknya pada Selasa.

Beliau berkata, MyVAC merupakan inisiatif pendekatan menyeluruh kerajaan dan masyarakat atau “Whole-of-Society Approaches”, yang melibatkan pelbagai kementerian serta badan bukan kerajaan (NGO), selaras dengan usaha membendung serta menamatkan pandemik Covid-19 di Malaysia.

“Inisiatif MyVAC ini diterajui oleh Kementerian Belia dan Sukan dan disokong oleh pasukan Covid-19 Immunisation Task Force (CITF), Kementerian Pengajian Tinggi dan Persatuan Bulan Sabit Merah yang juga menguruskan sistem pendaftaran bagi program ini," katanya.

Bagi belia yang berminat, mereka boleh mendaftar di laman web www.myvac.com.my. - Bernama

Artikel Berkaitan: