Muhyiddin disahkan negatif Covid-19

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan negatif Covid-19 selepas memperoleh keputusan ujian calitan pada hari keenam beliau menjalani Perintah Pengawasan dan Pemantauan di Rumah (HSO) pada Selasa.

Katanya, beliau menjalani HSO sebaik beliau dan delegasi tiba di Kuala Lumpur dari Abu Dhabi pada jam 9.34 malam, 11 Mac lepas, selepas melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Semalam (15 Mac) saya telah menjalani ujian swab (calitan) saringan Covid-19 hari kelima HSO setelah kembali dari lawatan rasmi di Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

“Alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH SWT, hari ini (Selasa), hari kuarantin yang keenam, saya telah mendapat keputusan ujian saringan tersebut dan disahkan negatif,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya.

Muhyiddin berkata, beliau dan seluruh delegasi telah diberikan HSO untuk tempoh tujuh hari dan turut dipakaikan gelang pengawasan.

“Sepanjang lawatan rasmi enam hari di Arab Saudi dan UAE, saya dan delegasi telah menjalani sebanyak lima ujian swab saringan Covid-19 bagi memastikan risiko jangkitan virus tersebut ke atas saya dan delegasi sentiasa dipantau,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: