Lompat parti: Kami tak hilang semangat

Fuziah Salleh
Fuziah Salleh
A
A
A

KUANTAN - Budaya lompat parti tidak menjejaskan prinsip reformasi yang ditegakkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Negeri (MPN) Pahang, Fuziah Salleh berkata, budaya ini adalah lumrah politik dan perkara biasa.

"Kami tidak hilang semangat pun dengan sesiapa sahaja yang beralih arah (lompat parti). Pemimpin boleh boleh datang dan pergi, namun prinsip perjuangan tetap akan dikekalkan.

"Perjuangan sebenarnya bukan ditegakkan oleh individu tetapi ia ditegakkan oleh prinsip kebenaran keadilan sejagat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Pada Sabtu lalu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan keluar parti itu.

Xavier memilih untuk menjadi ahli Parlimen bebas yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan menegaskan yang beliau tidak akan membelakangi prinsip parti dan terus setia dengan PKR.

"Jika di Pahang tinggal saya seorang pun, saya masih menjunjung dan prinsip PKR tidak akan dibelakangi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, PKR kini sudah menyusun gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.