Tiada negeri hantar permohonan rasmi beli vaksin sendiri

Khairy Jamaluddin menyantuni seorang penerima vaksin ketika lawatan kerjanya ke PPV Stadium Indera Mulia, Ipoh pada Selasa.
Khairy Jamaluddin menyantuni seorang penerima vaksin ketika lawatan kerjanya ke PPV Stadium Indera Mulia, Ipoh pada Selasa.
A
A
A

IPOH - Kerajaan Pusat belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada mana-mana negeri berhubung cadangan pembelian sendiri dos vaksin.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, terdapat beberapa negeri antaranya Pahang, Sarawak, Johor dan Selangor telah menyatakan hasrat bagi tujuan berkenaan.

"Sesiapa sahaja boleh menyatakan hasrat dan kalau mereka dapat beli, saya tidak ada apa-apa masalah, kita boleh bagi kebenaran kepada kerajaan negeri untuk membuat perolehan.

"Namun setakat ini mereka belum mohon lagi," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Indera Mulia, di sini pada Selasa.

Menurutnya, isu utama yang dihadapi ketika ini adalah kekurangan bekalan serta akses kepada bekalan vaksin tersebut.

Katanya, kerajaan sebolehnya mahu menyelesaikan dahulu pendaftaran vaksin yang dalam penilaian Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Ada dua ke tiga vaksin lagi yang perlu diluluskan, jadi selesai sahaja perkara itu, mungkin NPRA boleh beri perhatian kepada vaksin lain yang mahu dibeli oleh kerajaan negeri.

"Perkara ini bukan mudah, macam kerajaan Pusat sendiri yang membuat rundingan dari tahun lepas (untuk dapatkan vaksin)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, beliau telah meminta Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) turun rumah ke rumah bagi membantu rakyat di kawasan luar bandar dan pedalaman mendaftar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Katanya, berdasarkan laporan diterima, terdapat beberapa negeri khususnya Terengganu, Kelantan dan Sabah masih rendah tahap pendaftaran program imunisasinya.

"Masalah ini timbul mungkin disebabkan maklumat tidak tepat yang disebar luas di media sosial.

"Saya akan jumpa dengan ahli-ahli Parlimen negeri itu dalam minggu depan dan minta sokongan daripada mereka untuk galakkan pendaftaran.