PPV berskala besar di setiap negeri: KJ

Khairy Jamaluddin ketika meninjau operasi PPV Stadium Indera Mulia, Ipoh sempena lawatan kerjanya pada Selasa.
Khairy Jamaluddin ketika meninjau operasi PPV Stadium Indera Mulia, Ipoh sempena lawatan kerjanya pada Selasa.
A
A
A

IPOH - Kerajaan merancang mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berskala besar di setiap negeri menerusi program vaksinasi fasa ketiga dengan sasaran pemberian vaksin kepada 8,000 orang sehari.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, langkah itu perlu disegerakan selari dengan matlamat kerajaan agar pemberian vaksin kepada orang ramai diselesaikan dalam tahun ini juga.

Menurutnya, sehingga tengah malam Isnin, seramai 321,331 individu telah divaksin dan lebih 5.6 juta pendaftaran bagi program berkenaan diterima.

"Saya sedang merangka strategi dan sediakan peruntukan sebab arahan daripada Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) supaya kita selesaikan tahun ini juga, jangan sampai bawa ke tahun hadapan.

"Jadi dalam perkara ini, kita perlukan PPV dalam skala agak besar, di Kuala Lumpur (Stadium Nasional Bukit Jalil) contohnya kita sedang lihat satu PPV yang mungkin boleh selesaikan sampai 8,000 orang sehari," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Indera Mulia di sini pada Selasa.

Khairy Jamaluddin ketika meninjau operasi PPV Stadium Indera Mulia, Ipoh sempena lawatan kerjanya pada Selasa.
Khairy Jamaluddin ketika meninjau operasi PPV Stadium Indera Mulia, Ipoh sempena lawatan kerjanya pada Selasa.

Untuk negeri Perak, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, pihaknya akan berbincang dengan Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad bagi tujuan itu dalam pertemuannya pada Selasa.

Katanya, Perak ketika ini merupakan negeri kedua tertinggi bagi penerima vaksinasi dengan 34,666 orang selepas Selangor.

Artikel Berkaitan:

"Mengikut rekod PPV Stadium Indera Mulia ini adalah PVV daerah paling tinggi vaksinasi dalam negara, dalam sehari boleh pergi sehingga 1,400 orang.

"Kalau kita nak lihat kepada kapasiti lebih besar sehingga 5,000 ke atas, jadi kita perlukan PPV lebih besar, jadi kita akan bincang nanti," katanya.