Akibat gurauan peminat, Mira Filzah terpalit kontrovesi...

Twitter Mira Filzah
A
A

KECOH apabila pelakon terkenal dengan drama 'Lelaki Kiriman Tuhan' dan 'Pujaan Hati Kanda' kononnya memerli beberapa menteri dikaitkan dengan isu ijazah palsu yang sedang hangat diperkatakan.

Namun perkara itu disangkal oleh Mira Filzah bahawa dirinya memuat naik sebarang gambar atau status menyindir menteri terlibat.

Jelas Mira, laman Facebook yang membuat penyebaran mengenai perkara itu bukan miliknya dan pihak yang membuat tuduhan tersebut sepatutnya menyemak terlebih dahulu sebelum tuduhan dilemparkan kepadanya.

"Saya tidak berminat untuk terlibat dalam perdebatan media sosial. Tetapi bagi menjernihkan keadaan, ini adalah akaun palsu dan bukan akaun Facebook saya.

"Sesiapa yang berkenaan sepatutnya semak dahulu," katanya di Twitter miliknya.

Selasa lalu, akaun yang menggunakan nama Mira.filzah ada memuat naik gambar pelakon itu ketika hari konvensyennya dengan meninggalkan kapsyen:

"Ijazah Perniagaan Antarabangsa di UiTM Shah Alam. Ijazah 'ori' bukan 'copy' tau".

Facebook peminat Mira Filzah.
Facebook peminat Mira Filzah.

Kapsyen itu telah menimbulkan kemarahan segelintir pihak yang tanpa usul periksa menuduh Mira menghina menteri dan menggesa dia membuat permohonan maaf.

Malah ada juga yang meminta pihak berkuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan terhadapnya dan turut menyarankan agar dirinya diboikot.

Namun, bagi menjernihkan keadaan, admin laman Faceook tersebut tampil memberi penjelasan bahawa posting itu bukan ditulis atau dimuat naik oleh Mira Filzah.

Sebaliknya, ia merupakan laman yang ditubuhkan oleh peminat tanpa pengetahuan pelakon itu.

"Page ini sebenarnya hanya laman peminat untuk Mira Filzah sahaja. Perkara tersebut telah ditulis di ruangan 'story' sejak dari awal penubuhan page ini dengan tajuk Mira Filzah Fans.

"Profil juga diletakkan gambar tertulis @mira.filzah.lovers.

"Oleh itu dengan penuh rasa kekesalan kami ingin memohon maaf kepada Mira Filzah kerana telah mencemarkan reputasi beliau sebagai artis dengan posting yang viral iaitu “Ijazah ‘ori’ bukan ‘copy’ tau”.

Jelasnya lagi, posting tersebut hanya sekadar gurauan tapi tak sangka telah diviralkan sebegitu rupa.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia