X

Kindly register in order to view this article
!

AS, India bakal kerjasama dalam pemulihan pasca-Covid-19 di Asia

Gambar hiasan
A
A

WASHINGTON - Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen dan Menteri Kewangan India, Nirmala Sitharaman bersetuju untuk mengadakan kerjasama rapat dalam pemulihan ekonomi global pasca-Covid-19, lapor Sputnik.

"Awal hari ini (Selasa), Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen bercakap dengan Menteri Kewangan India, Nirmala Sitharaman.

"India rakan penting di Asia dan Yellen berhasrat bekerjasama rapat untuk menyokong pemulihan global yang kukuh selepas pandemik Covid-19 (dan) memerangi ketaksamaan,” demikian menurut kenyataan Jabatan Perbendaharaan pada Isnin.

Mereka juga sepakat untuk memajukan agenda iklim. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!