X

Kindly register in order to view this article
!

Notis amaran tiga kali sebelum keluarkan kompaun

ANAZ
A
A

KUANTAN - Pihak berkuasa diminta agar mengeluarkan notis amaran sebanyak tiga, sebelum mengeluarkan kompaun kepada individu melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi pencegahan Covid-19.

Pengerusi Pertubuhan Anak Muda Teruntum (Permat), Anaz AbMoris berkata, langkah itu bagi memberi kesedaran kepada rakyat supaya mereka tidak terus mengulangi kesalahan sama.

"Kita cadang supaya pihak berkuasa, terutamanya kerajaan beri notis amaran dua atau tiga kali kepada individu yang langgar SOP terlebih dahulu

"Jika notis amaran sudah dikeluarkan dan mereka masih berdegil (melakukan kesalahan sama) baru kompaun dikenakan kepada individu yang ingkar," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Bandaraya Kuantan pada Selasa.

Pada Khamis lalu, kerajaan telah menaikkan jumlah kompaun ingkar SOP daripada RM1,000 kepada RM10,000 selepas Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 diwartakan.

Mengulas lanjut perkara itu, Anaz berkata, kompaun sebanyak RM10,000 yang akan dikenakan kepada individu melanggar SOP sifatkan tidak munasabah.

Katanya, peraturan baharu itu seperti menekan rakyat dan akhirnya mengundang kemarahan ramai.

"Kalau boleh kita minta kerajaan menilai semula jumlah terbabit. Kompaun RM10,000 itu terlalu tinggi, jadi kita minta pihak berkuasa dan kerajaan agar meringankan kompaun kepada RM3,000," katanya.

Beliau berkata, cadangan ini dibuat kerana situasi ekonomi rakyat kini yang begitu tertekan.

Jelasnya, semakin ramai rakyat kehilangan kerja dan ada dalam kalangan mereka baharu memulakan perniagaan yang pasti akan memberikan lebih tekanan.

"Kompaun yang perlu dikenakan kepada individu yang melanggar SOP seharusnya lebih kepada mendidik berbanding menekan mereka," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!