Maqis Perak rampas telur sotong katak

Pegawai Maqis Perak memeriksa kotak-kotak yang berisi telur sotong katak yang dibawa masuk dari Indonesia tanpa permit Maqis.
Pegawai Maqis Perak memeriksa kotak-kotak yang berisi telur sotong katak yang dibawa masuk dari Indonesia tanpa permit Maqis.
A
A
A

LUMUT - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas dua tong ikan yang berisi telur sotong katak seberat 160 kilogram (kg) di pintu masuk jabatan tersebut di Pelabuhan Lumut, di sini pada Isnin.

Pengarah Maqis Perak, Rozita Superman berkata, barangan yang dianggarkan bernilai RM4,800 itu cuba dibawa masuk dari negara Indonesia tanpa permit Maqis yang sah.

Menurutnya, tindakan tersebut dibuat hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan oleh pegawai Maqis ke atas tong-tong ikan tersebut setelah mendapati 20 kotak telur sotong katak sejuk beku ditemui di dalam tong tersebut.

20 kotak telur sotong katak yang dirampas Maqis Perak di Pelabuhan Lumut pada Isnin.
20 kotak telur sotong katak yang dirampas Maqis Perak di Pelabuhan Lumut pada Isnin.

"Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit import dikeluarkan Maqis merupakan suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama," katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa.

Rozita berkata, Maqis Perak sentiasa komited dalam menjalankan tugas di pintu-pintu masuk negara ini bagi memastikan sebarang kemasukan produk pertanian, perikanan dan haiwan sentiasa dipatuhi bagi menjamin keselamatan makanan negara.

Artikel Berkaitan: