Rasuah: Perunding projek direman enam hari

Suspek diiring SPRM ketika tiba di mahkamah.
Suspek diiring SPRM ketika tiba di mahkamah.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang perunding projek direman enam hari bermula pada Selasa bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta rasuah RM5,000 awal bulan ini.

Perintah reman terhadap suspek berusia 37 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Khas Reman, Syed Farid Syed Ali selepas permohonan dibuat oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Riduan Kadri di Mahkamah Khas Reman Seremban.

Suspek direman bermula pada Selasa sehingga Ahad ini.

Menurut sumber, suspek disyaki meminta rasuah berjumlah RM5,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuknya meluluskan tuntutan perkembangan kerja bagi projek pembangunan Kompleks Sukan yang sedang dilakukan oleh syarikat miliknya.

Suspek ditahan pada jam 1.08 tengah hari pada Isnin di sebuah restoran makanan segera di sekitar Tampin dalam satu operasi SPRM.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: