X

Kindly register in order to view this article
!

Mayat reput ditemukan dalam longkang

Pasukan forensik sedang melakukan siasatan di lokasi kejadian di Jalan Broga, Semenyih, Selangor.
A
A

KAJANG - Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan mereput di dalam longkang di tepi Jalan Broga Semenyih di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mayat berkenaan ditemui orang awam sebelum memaklumkan kepada polis pada jam 8.37 malam.

Menurutnya, mangsa ditemui masih dalam keadaan berpakaian lengkap berkemeja T dan seluar jean gelap, turut dijumpai telefon bimbit dan dompet.

"Siasatan ke atas mangsa mendapati keadaan fizikalnya telah reput dan membusuk dipercayai telah meninggal dunia kira-kira seminggu lalu.

"Tiada sebarang senjata ditemui di tempat kejadian. Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam longkang," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, berdasarkan kepada pengenalan diri yang dijumpai, mangsa dikenali sebagai N Suresh, 43, alamat terakhir di Taman Prima Suria Batu 9 Cheras.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Balai Polis Semenyih atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!