X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

Lebih 70 peratus bantah denda RM10,000

Carta pai menunjukkan tinjauan Sinar Harian menerusi media sosial Facebook dan Instagram.
A
A

SHAH ALAM - Tinjauan pendapat di dua laman media sosial Sinar Harian mendapati lebih 70 peratus responden tidak bersetuju dengan pelaksanaan kompaun RM10,000 bagi kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Daripada sejumlah lebih 3,100 responden yang menyertai tinjauan pendapat di laman Facebook Sinar Harian didapati sebanyak 77 peratus (lebih 2,200 responden) tidak bersetuju dengan pelaksanaan kompaun terbabit, manakala 23 peratus (678 responden) lagi bersetuju.

Sementara itu, bagi tinjauan di laman Instagram Sinar Harian, sejumlah 74 peratus (6,425 responden) tidak bersetuju sementara baki 26 peratus lagi (2,232 responden) bersetuju denda dilaksanakan.

Tinjaun tersebut dijalankan Sinar Harian selama 24 jam susulan ramai orang mula meluahkan kebimbangan dan kekeliruan mengenai saman RM10,000 yang disifatkan agak keterlaluan untuk kesalahan kecil.

Penguatkuasaan kompaun yang bermula 11 Mac lalu adalah susulan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 di mana individu yang melanggar SOP PKP boleh didenda RM10,000.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, walaupun notis kompaun yang ditulis adalah bernilai RM10,000 jika melanggar SOP, namun ia bergantung kepada budi bicara pegawai yang diberi kuasa iaitu Pegawai Kesihatan Daerah untuk menetapkan nilai sebenar kompaun.

Pesalah tersebut meliputi individu yang tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal, premis tiada pengimbas suhu badan, cecair pembasmi kuman, bersesak dalam premis tanpa kawalan dan hiburan tanpa lesen.

Dalam pada itu, rata-rata pembaca Sinar Harian di semua platform online memberi pelbagai komen mengenai isu itu termasuk menyifatkan denda sehingga RM10,000 menekan rakyat terutamanya golongan B40.

Apatah lagi, dalam keadaan ekonomi rakyat yang tidak menentu akibat Covid-19.

Pegawai dan anggota Polis dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, memeriksa setiap para pelanggan telah mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera semasa membuat pemantauan prosedur operasi standard (SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat ketika membuat rondaan di sekitar Jalan Masjid India pada 12 Mac lalu. - Foto Bernama
Pegawai dan anggota Polis dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, memeriksa setiap para pelanggan telah mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera semasa membuat pemantauan prosedur operasi standard (SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat ketika membuat rondaan di sekitar Jalan Masjid India pada 12 Mac lalu. - Foto Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!