Menteri Arab Saudi dipecat tiada kaitan pertambahan kuota haji Malaysia

Pemecatan Menteri Haji dan Umrah kerajaan Arab Saudi tiada sebarang kaitan dengan tambahan 10,000 kuota haji yang diterima oleh Malaysia.
Pemecatan Menteri Haji dan Umrah kerajaan Arab Saudi tiada sebarang kaitan dengan tambahan 10,000 kuota haji yang diterima oleh Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemecatan Menteri Haji dan Umrah kerajaan Arab Saudi tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tambahan 10,000 kuota haji yang diterima oleh Malaysia.

Memetik laporan The Star pada Isnin, sumber terdekat dengan perkara tersebut berkata, ini kerana kuasa untuk menentukan pemberian kuota haji itu terletak sepenuhnya di tangan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

"Menteri Haji dan Umrah tidak berkuasa menentukan kuota haji untuk mana-mana negara termasuk Malaysia.

"Tugas menteri adalah memastikan kelancaran haji dan umrah setiap tahun," menurut sumber tersebut yang enggan dikenali identitinya kerana faktor sensitiviti perkara berkenaan.

Pada 12 Mac lalu, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud membuat keputusan untuk menggantikan Menteri Haji dan Umrah, Muhammad Saleh Benten.

Tindakan tersebut menimbulkan tanda tanya kerana ia dibuat beberapa hari selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Malaysia mendapat tambahan kuota rasmi haji sebanyak 10,000 lagi apabila ibadah tersebut dibuka semula.

Muhyiddin berkata, pertambahan kuota itu dipersetujui oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Raja Salman ketika pertemuan mereka di Istana Al Yamamah dalam lawatan rasminya ke Arab Saudi.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia dapat tambahan 10,000 kuota haji

Artikel Berkaitan: