Operasi SAR pelajar dikhuatiri lemas disambung esok

Operasi SAR hari kedua, Isnin masih belum menemui pelajar SMK Temerloh yang dikhuatiri lemas di Sungai Pahang dekat Kampung Loyang Sanggang, Temerloh.
Operasi SAR hari kedua, Isnin masih belum menemui pelajar SMK Temerloh yang dikhuatiri lemas di Sungai Pahang dekat Kampung Loyang Sanggang, Temerloh.
A
A
A

TEMERLOH - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) belum menemukan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temerloh yang dikhuatiri lemas di Sungai Pahang dekat Kampung Loyang Sanggang, di sini dalam kejadian pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, operasi SAR terhadap mangsa, Mohd Hakim Faqih Nor Azmi,16, ditangguhkan pada jam 6.30 petang, Isnin dan akan disambung jam 8 pagi, Selasa.

"Operasi hari ini (Isnin) disertai 50 orang terdiri daripada pihak polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selain orang awam," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang, mangsa bersama anak saudaranya, Mohd Naufal Farhan Mohd Azrul, 8, dihanyutkan arus deras di tempat kejadian.

Bagaimanapun mayat Mohd Naufal yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Songsang ditemukan pada jam 10.33 pagi kira-kira 35 meter dari tempat kejadian oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bukit Angin, pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki, anak sedara dikhuatiri lemas

Artikel Berkaitan: