[VIDEO] Polis Johor gempur 'sekolah wheely', ubah ekzos bising

Ayob (kanan) memeriksa ekzos sebuah motosikal yang ditahan.
Ayob (kanan) memeriksa ekzos sebuah motosikal yang ditahan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Taman Kota Masai, Johor Bahru yang dikenali sebagai 'sekolah wheely' digempur Polis Johor susulan banyak aduan mengenai kegiatan lumba haram sehingga mengganggu penduduk di kawasan itu.

Operasi bersepadu itu susulan arahan yang dikeluarkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bagi membasmi kegiatan ekzos bising di seluruh negara.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam tempoh dua minggu, bermula 1 hingga 14 Mac lalu, pihaknya telah mengeluarkan 817 saman dan menyita 276 kenderaan dalam Ops Khas Ekzos Bising.

"Ops khas ini diadakan secara bersepadu dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Kita telah menjalankan 110 operasi sepanjang tempoh itu dan memeriksa 4,440 kenderaan dan mereka yang ditahan berusia di antara 13 hingga 22 tahun.

"Jumlah notis dan kompaun yang dikeluarkan oleh JAS sebanyak 138 manakala JPJ sebanyak 146," katanya pada sidang akhbar di Taman Kota Masai di sini, Isnin.

Jelasnya, operasi itu melibatkan pemeriksaan ke atas kenderaan persendirian yang diubahsuai secara menyeluruh di semua peringkat kontinjen dan daerah.

Tambahnya, bagi kesalahan melakukan pengubahsuaian ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam, mereka berdepan hukuman di bawah Kaedah 103 iaitu Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan/Penggunaan)1959 (LN 170/59) dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan sita juga diambil di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, bagi memastikan kesalahan sama tidak berulang dan pemilik dikehendaki menggantikan ekzos yang diubahsuai kepada elzos asal, sebelum diserahkan semula," katanya.