Jenazah kanak-kanak lemas dalam parit selamat dikebumi

Muhammad Azuaan Bakri, 35, (kanan) ketika pengebumian Muhammad Firdaus di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Sireh, petang Selasa.
Muhammad Azuaan Bakri, 35, (kanan) ketika pengebumian Muhammad Firdaus di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Sireh, petang Selasa.
A
A
A

TANJONG KARANG - Jenazah kanak-kanak lelaki yang lemas dalam parit di hadapan rumahnya di Parit 1 Ban 4 Sungai Sireh, di sini pada Ahad, selamat dikebumikan petang Isnin.

Jenazah Muhammad Firdaus Azuaan, 3, yang tiba dari Hospital Sungai Buloh selepas bedah siasat terlebih dahulu disembahyangkan oleh kira-kira 50 jemaah di rumah keluarganya di sini pada jam 5.50 petang.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Sireh pada jam 6.20 petang.

Suasana suram menyelubungi pekarangan tanah perkuburan itu yang dipenuhi saudara-mara dan waris.

Sinar Harian melaporkan, seorang kanak-kanak ditemui maut dalam parit di hadapan rumahnya di Kampung Sungai Sireh di sini pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/128459/BERITA/Semasa/[DIKEMASKINI]-Budak-3-tahun-lemas-dalam-parit

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian pada jam 7.30 malam itu disedari bapa mangsa selepas mendapati anaknya yang bermain di hadapan rumah hilang daripada pandangan.

Menurutnya, bapa mangsa kemudian mencari mangsa dan menemuinya di dalam parit sebelum disahkan meninggal dunia.

Artikel Berkaitan: