Mayat Ariff Helmi ditemui di dasar sungai

A
A
A

JERANTUT - [DIKEMAS KINI] Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Pedah yang dipercayai terjatuh dan lemas ke dalam Sungai Pahang dekat sangkar ikan di Kampung Lada di sini, Ahad ditemui meninggal dunia.

Mayat Arrif Helmi Saharudin,26 dari Kampung Pedah, Jerantut yang juga penternak ikan sangkar ditemui di dasar sungai oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Kuantan kira-kira jam 3.15 petang, Isnin.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira lima meter bersebelahan sangkar ikan berkenaan.

Hasil siasatan mangsa bersama rakannya pergi ke sangkar ikan itu kira-kira jam 10 malam.

"Namun kira-kira jam 11.20 malam, mangsa bersama rakannya naik ke darat namun mangsa turun semula ke lokasi sangkar kerana kunci keretanya tertinggal dalam bot," katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, mangsa yang merupakan anak ke-4 dari enam beradik itu turun seorang diri manakala rakannya menunggu di dalam kereta dengan jaraknya anggaran 100 meter dari lokasi kejadian.

Katanya, selepas 10 minit menunggu, rakannya telah turun ke tebing sungai kerana mangsa tidak naik ke darat.

Katanya, selepas gagal menemui mangsa, usaha mencari telah dilakukan oleh orang kampung selain melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Pedah dikhuatiri lemas