Tawar nasihat guaman percuma rayu kompaun RM10,000

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Biro Undang-Undang Parti Amanah Negara (Kanun) menawarkan nasihat guaman percuma kepada rakyat yang ingin merayu jika dikenakan kompaun RM10,000.

Pengerusinya, Dr Zulqarnain Lukman berkata, tawaran tersebut merupakan anjuran Unit Tindakan Jenayah Kanun kepada mereka yang dikompaun kerana melanggari prosedur operasi standard (SOP).

“Kanun dengan ini menawarkan nasihat guaman percuma kepada rakyat yang ingin merayu terhadap kompaun berjumlah RM10,000 yang dikenakan kerana mereka melanggar SOP sempena pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), PKPB (Bersyarat) dan PKPP (Pemulihan),” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Pada 11 Mac, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, kompaun RM10,000 akan dikenakan kepada individu yang melanggar SOP susulan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan mulai jam 12.01 tengah malam.

Menurutnya, notis kompaun yang ditulis adalah bernilai RM10,000, namun ia bergantung kepada budi bicara pegawai yang diberi kuasa iaitu Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) untuk menetapkan nilai sebenar kompaun yang dikenakan.

Artikel Berkaitan: