X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Sindiket bitcoin tumpas lagi

Polis menahan enam lelaki dalam tiga serbuan berasingan pada 9 Mac hingga Ahad di sekitar Gombak, Selangor dipercayai terlibat dengan sindiket bitcoin.
A
A

GOMBAK - Polis menumpaskan sindiket perlombongan bitcoin dengan tertangkapnya enam lelaki dalam tiga serbuan berasingan di Country Homes dan Rawang, di sini pada 9 Mac hingga Ahad.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Terawe berkata, pihaknya membuat serbuan berkenaan selepas menerima maklumat daripada orang awam yang curiga dengan bunyi bising di premis terbabit.

Menurutnya, serbuan berkenaan berjaya menahan enam lelaki berusia lingkungan 20 hingga 58 tahun.

“Pemeriksaan ke atas tiga premis yang membuat penyambungan elektrik secara haram itu menemui 131 mesin melombong bitcoin yang sedang beroperasi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati aktiviti melombong bitcon itu dipercayai dilakukan di premis berkenaan yang disewa RM1,000 sebulan sejak enam bulan lalu.

Katanya, difahamkan suspek yang ditahan itu terdiri daripada penjaga serta juruteknik yang dibayar upah antara RM2,000 hingga RM4,000 sebulan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan kerana curi dan perbuatan khianat serta Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990 atas kesalahan mencuri elektrik,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Arifai berkata, sebanyak 934 kompaun dikeluarkan pihaknya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 Januari lalu hingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Ahad.

“Daripada jumlah itu, 127 kompaun yang dikeluarkan bagi tempoh 11 Mac hingga Ahad adalah membabitkan jumlah kompaun RM10,000.

"Kebanyakan kompaun dikeluarkan di daerah ini adalah di sekatan jalan raya membabitkan kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!