Dakwaan disogok RM10 juta: Natrah, tiga saksi dipanggil SPRM

Azmi (dua dari kiri) bersama Shamshun Baharin (dua dari kanan) pada Majlis Pelancaran CPP (Cakera Padat Pencegahan) di Ibu Pejabat SPRM Johor di Tampoi pada Isnin.
Azmi (dua dari kiri) bersama Shamshun Baharin (dua dari kanan) pada Majlis Pelancaran CPP (Cakera Padat Pencegahan) di Ibu Pejabat SPRM Johor di Tampoi pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor mengesahkan telah memanggil empat saksi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tawaran wang sebanyak RM10 juta kepada Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail.

Pengarahnya, Datuk Azmi Alias berkata, kesemua saksi terbabit termasuk Natrah yang merupakan ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah dipanggil untuk dirakam keterangan.

"Siasatan sudah selesai dari segi fasa pertama dan (kertas siasatan) sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

"SPRM masih menunggu keputusan daripada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang media Majlis Pelancaran CPP (Cakera Padat Pencegahan) oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil di Ibu Pejabat SPRM Johor di Tampoi di sini pada Isnin.

Pada 7 Mac lalu, Natrah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan cubaan mendapatkan sokongan beliau terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan janji manfaat yang bakal diperoleh.

Dua hari kemudian, SPRM Johor membuka satu kertas siasatan bagi mengesahkan aduan berhubung tawaran rasuah tersebut sebagaimana yang dilaporkan dalam Facebook Ops Johor.

Dalam pada itu, Azmi berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu sehingga siasatan SPRM selesai dijalankan.

"Sekiranya mana-mana pihak ada bukti yang boleh bantu siasatan, mereka boleh hubungi SPRM untuk tindakan selanjutnya," katanya.p />

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Natrah lapor SPRM cubaan Datuk Seri dapatkan sokongan beliau