Kenyataan Ku Li tidak keruhkan hubungan Pas-UMNO

Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli
A
A
A

PASIR MAS - Tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang melabelkan Pas sebagai 'pelacur' tidak akan mengeruhkan hubungan antara parti itu dengan UMNO ketika ini.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari bagaimanapun melahirkan kebimbangan terhadap hubungan kedua-duanya pada masa hadapan jika kenyataan sedemikian lebih kerap dikeluarkan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sehubungan itu, beliau berharap pucuk pimpinan UMNO mengambil serius perkara tersebut termasuk memberi nasihat bagi mengelakkan ia tidak berulang pada masa hadapan.

"Saya bimbang menjelang PRU15 jika kenyataan sebegini lebih kerap dikeluarkan, dibimbangi ia boleh mengeruhkan hubungan kedua-dua belah pihak," katanya.

Tengku Razaleigh sebelum ini dilaporkan melabel Pas sebagai 'pelacur' dan menggesa UMNO menewaskan parti itu pada PRU15.

Tengku Razaleigh dalam temu bual bersama sebuah portal berita menggelar Pas sebagai ‘pelacur’ kerana sering kali beralih sokongan antara DAP dan Semangat 46, iaitu parti serpihan UMNO yang diterajuinya.

Sementara itu, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Pemuda Pas akan sentiasa menjaga amanah pucuk pimpinan untuk memperkuatkan Muafakat Nasional (MN).

Beliau berkata, hubungan antara Pas dan UMNO perlu sentiasa diharmonikan khususnya menjelang PRU15.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Fadhli berkata, ia perlu dimulakan di peringkat Pusat sehingga kawasan akar umbi.