X

Kindly register in order to view this article
!

1,200 petugas barisan hadapan Tawau terima suntikan

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak takut untuk mendapatkan suntikan vaksin tersebut Covid-19.
A
A

TAWAU - Seramai 1,200 petugas barisan hadapan di sini menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech menerusi fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, bermula hari ini.

Pegawai Kesihatan Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau Dr G Navindran berkata, program itu disasarkan selesai dalam tempoh tiga hari.

"Kami harap dapat pastikan semua 1,200 petugas barisan hadapan terima vaksin dalam tiga hari ini dan diharap program vaksinasi ini berjalan lancar," katanya kepada pemberita selepas pelancaran program itu.

Dr Navindran yang menerima suntikan vaksin itu hari ini mengesa orang ramai supaya mendaftarkan diri untuk temu janji imunisasi Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera dan tidak takut untuk mendapatkan suntikan vaksin tersebut.

"Saya sendiri yang ada sejarah penyakit darah tinggi pun menerima suntikan pada hari ini, penyakit bukan satu halangan untuk menerima vaksin ini, kecuali kepada pesakit yang ada alergik vaksin, sebelum suntikan kami akan periksa sejarah penyakit individu berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Tawau Arnold Joibi yang melancarkan program itu dan turut divaksin hari ini berkata, terdapat sembilan Pusat Penerima Vaksin (PPV) disediakan di daerah ini bagi proses imunisasi Covid-19 itu berjalan lancar antaranya Dewan Masyarakat Tawau.

Arnold yang juga Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) berkata kira-kira 400 kakitangan agensi itu sudah didaftarkan untuk program imunisasi Covid-19. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!