Dukung pendekatan sederhana, prihatin rakyat dibawa PN

 Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
A
A
A

SHAH ALAM – Pas menyeru semua pihak supaya mendukung pendekatan sederhana, prihatin rakyat dan berkebajikan yang dibawa oleh Perikatan Nasional (PN).

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mereka juga perlu menolak pendekatan ekstrem, oportunis dan melampau yang tidak sesuai dengan Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk.

“Pas berpegang kepada prinsip Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang, konsep adil untuk semua, kepimpinan berintegriti dan berakhlak budiman serta mengambil pendekatan politik yang menyatukan ummah,” katanya menerusi satu kenyataan yang disiarkan di Facebooknya pada Isnin.

Pada Sabtu lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin berkata, PN merupakan tawaran baharu kepada rakyat Malaysia yang komited untuk mentadbir negara ini dengan berintegriti dan berwibawa.

Beliau berkata, PN juga mempunyai aspirasi yang tinggi untuk terus memelihara perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan agama.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, parti itu menyambut baik saranan Muhyiddin bahawa PN merupakan tawaran baharu kepada rakyat negara ini.

“Bagi memastikan kebajikan rakyat terjamin, mewujudkan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan mengekalkan keharmonian antara kaum,” katanya.

Artikel Berkaitan: