Dua RUU sedia dibincang bulan depan

Ahmad Marzuk (dua dari kanan) bergambar bersama penerima sumbangan Qaseh YaPEIM di Pejabat ADUN Kijang di Kedai Buloh, Kota Bharu pada Isnin.
Ahmad Marzuk (dua dari kanan) bergambar bersama penerima sumbangan Qaseh YaPEIM di Pejabat ADUN Kijang di Kedai Buloh, Kota Bharu pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dan RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam sudah bersedia untuk dibincangkan di setiap negeri pada bulan depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil Bil 159 telah bersidang dan kedua-dua RUU tersebut bersedia dibawa ke peringkat negeri.

Menurutnya, bagi peringkat wilayah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan, RUU berkenaan sudah siap untuk dibawa ke peringkat seterusnya dan penjadualan ke negeri-negeri disusun bulan ini.

"Hanya empat negeri belum ada enakmen menghalang pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam yang sudah termaktub dalam Perlembagaan cuma perlu dibuat enakmen di peringkat negeri-negeri," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan wang tunai RM500 seorang kepada 30 penerima menerusi sumbangan Qaseh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang di Kedai Buloh.

Dalam pada itu, Ahmad Marzuk berkata, sumbangan wang tunai tersebut diberikan kepada nelayan, pekebun, petani dan penduduk terpilih yang terjejas akibat musim tengkujuh.

Artikel Berkaitan: