X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Pas, UMNO mesyuarat setiap minggu

Tuan Ibrahim Tuan Man
A
A

PASIR MAS - Pas mengadakan mesyuarat setiap minggu bersama UMNO dalam usaha memperkukuh kerjasama Muafakat Nasional (MN).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mesyuarat tersebut berlangsung sebanyak dua kali setiap minggu.

"Dalam mesyuarat tersebut kita menyentuh aspek Pilihan Raya Umum (PRU), namun secara tidak langsung sahaja,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Chelagi, pada Isnin.

Dalam pada itu Tuan Ibrahim berkata, Pas mahu perbezaan pendapat antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) segera diselesaikan di meja rundingan bagi memastikan tiada isu yang boleh mengeruhkan antara kedua-dua pihak.

“Cahaya di hujung terowong masih ada,” katanya.

Mengulas isu lompat parti dalam kalangan ahli politik kerana mempunyai rasuah bagi mengelakkan dari didakwa, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, perkara tersebut perlu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan.

“Kita tidak akan berkompromi ke atas setiap tuduhan dan ia harus dibuktikan. Saya fikir soal siasatan kita serah kepada pihak berkuasa," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!