X

Kindly register in order to view this article
!

NS kekal pendirian kalimah ALLAH hanya untuk umat Islam: Mufti

Datuk Mohd Yusof
A
A

SEREMBAN - Negeri Sembilan masih kekal dengan pendirian bahawa kalimah ALLAH adalah khusus untuk umat Islam sahaja.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, kalimah ALLAH itu, tidak boleh digunakan atau dikaitkan dengan agama-agama bukan Islam.

"Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 (Enakmen No. 10/2003], Jawatankuasa Fatwa dengan perkenan Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan dengan persetujuan Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin, telah mengeluarkan fatwa, bahawa kalimah ALLAH merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam sahaja.

"Kalimah itu tidak boleh digunakan atau dikaitkan dengan agama-agama bukan Islam. Oleh itu, wajib bagi umat Islam melindunginya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka tindakan perlulah diambil mengikut undang-undang yang berkuat kuasa," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Tambah beliau, sebelum ini pihaknya telah menjelaskan bahawa penggunaan kalimah ALLAH itu khusus untuk umat Islam sahaja dan kali ini pendirian sama tetap dipertahankan.

Mahkamah Tinggi pada Rabu lalu, membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dan tiga lagi perkataan lain iaitu Baitullah, Kaabah dan solat oleh penganut Kristian seluruh negara dalam penerbitan pendidikan agama berkenaan.

Bagaimanapun, ia perlu disertakan dengan penafian hanya untuk orang Kristian dan lambang salib di hadapan kulit buku.

ARTIKEL BERKAITAN Mahkamah Tinggi benarkan penganut Kristian guna kalimah ALLAH


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!