Rasuah RM300,000: Reman dua individu termasuk Datuk Seri disambung

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Tempoh reman enam hari terhadap dua individu termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang berakhir pada Isnin, disambung empat hari lagi.

Perintah sambungan reman hingga Khamis itu dikeluarkan Majistret Sabreena Bakar @ Bahari di Mahkamah Majistret di sini selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin.

Ia bagi membantu siasatan kes menerima rasuah berjumlah RM300,000 daripada seorang individu kononnya untuk membantu melepaskan 22 warga China yang ditahan di depoh imigresen.

Pada 10 Mac lalu, seorang lelaki berumur 44 tahun bergelar Datuk Seri dan seorang wanita yang merupakan ejen pekerja asing berumur 41 tahun ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sumber SPRM memberitahu suspek lelaki itu mendakwa boleh membantu menyelesaikan kes penahanan 22 warga China yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket judi dalam talian dan Macau Scam manakala wanita tersebut bertindak sebagai orang tengah.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Rasuah RM300,000, SPRM tahan Datuk Seri

Artikel Berkaitan: