Kerajaan bercadang gubal 11 undang-undang syariah

AHMAD MARZUK
AHMAD MARZUK
A
A
A

SHAH ALAM – Kerajaan bercadang menggubal 11 undang-undang syariah utama termasuk penggubalan undang-undang baharu, pindaan undang-undang sedia ada dan lapan undang-undang-undang syariah subsidiari.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, perkara berkenaan telah dirangka dalam Pelan Pemerkasaan Undang-Undang Syariah bagi tempoh lima tahun bermula 2020 hingga 2025.

“Penggubalan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) merupakan sebahagian daripada pelan pemerkasaan tersebut.

“Selain pindaan kepada Akta 355, melalui pelan pemerkasaan tersebut juga kerajaan dalam proses untuk menggubal beberapa undang-undang syariah baharu termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Wakaf, RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, RUU Mufti, RUU Mahkamah Syariah dan lain-lain,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Pada Sabtu, Ahmad Marzuk berkata, cadangan Akta 355 dan RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam sudah bersedia untuk dibawa ke rundingan bersama negeri-negeri pada bulan hadapan.

Dalam hantarannya itu, Ahmad Marzuk yang merupakan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa turut yakin bahawa ramai yang mahu bersama memartabatkan undang-undang syariah di Malaysia.

Artikel Berkaitan: