Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS

Pada paras pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama kecuali yen Jepun.
Pada paras pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama kecuali yen Jepun.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Isnin, dengan para pelabur mengambil sikap berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada 16 dan 17 Mac ini.

Kadar perolehan 10 tahun AS yang meningkat sembilan mata asas kepada 1.62 peratus pada Jumaat lalu turut mempengaruhi pergerakan ringgit.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.1130/1190 berbanding dolar AS daripada 4.1160/1200 ketika ditutup pada petang Jumaat.

Mengenai tinjauan ringgit untuk sepanjang minggu ini, Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes menjangkakan ringgit bergerak dalam julat kecil menjelang mesyuarat FOMC minggu ini.

Pada paras pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama kecuali yen Jepun.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0587/0634 daripada 3.0557/0593 penutupan Jumaat lalu, lebih rendah berbanding pound kepada 5.7294/7382 daripada 5.7262/7326 dan lega berbanding euro kepada 4.9146/9234 daripada 4.9050/9106.

Bagaimanapun, berbanding yen Jepun, unit tempatan mengukuh kepada 3.7703/7768 berbanding 3.7720/7760 sebelumnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: