Polis siasat insiden kecoh Konvensyen DAP Perak

Thomas Su (dua dari kanan) antara individu yang kelihatan ketika kekecohan yang berlaku ketika Konvensyen Biasa DAP Perak di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini pada Ahad. Gambar kecil: A Asmadi
Thomas Su (dua dari kanan) antara individu yang kelihatan ketika kekecohan yang berlaku ketika Konvensyen Biasa DAP Perak di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini pada Ahad. Gambar kecil: A Asmadi
A
A
A

IPOH - Polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kekecohan antara perwakilan yang berlaku semasa Konvensyen DAP Perak pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan itu dibuat menjurus kepada kesalahan yang wujud dari sudut pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semasa kekecohan berlaku.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, konvensyen itu merupakan satu acara tertutup dan polis tidak dimaklumkan tentang penganjuran program tersebut.

"Bagaimanapun penganjuran program itu dibenarkan di bawah SOP PKPB yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan 50 peratus kapasiti dewan.

"Pemantauan polis mendapati, jumlah kehadiran dan kapasiti dewan adalah memenuhi SOP PKPB," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, laporan berhubung insiden itu telah dibuat di Balai Polis Sungai Senam pada hari sama kejadian.

Katanya, kekecohan yang dilaporkan adalah hanya membabitkan pertengkaran mulut antara perwakilan-perwakilan parti itu semasa konvensyen sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) di sini pada jam lebih kurang 11 pagi.

"Keadaan berjaya dikawal tanpa berlakunya kejadian tidak diingini dan siasatan kita menjurus kepada pelanggaran SOP semasa kekecohan itu berlaku," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Ahad media melaporkan, Konvensyen DAP Perak kecoh dengan dakwaan berlaku penipuan mengenai jumlah perwakilan yang dibenarkan untuk mengundi bagi memilih ahli jawatankuasa DAP negeri.

Dakwaan itu ditimbulkan oleh kumpulan dari gandingan Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran apabila pihak penganjur terus membenarkan perwakilan membuat pendaftaran untuk mengundi lebih daripada masa ditetapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Konvensyen DAP Perak kecoh