X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Dua lelaki ditahan panah, bunuh anjing

Gambar kecil: Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir
A
A

ALOR SETAR - Polis menahan dua lelaki yang dipercayai membunuh anjing liar dengan memanah haiwan itu di kawasan Seberang Jalan Putra, Alor Setar pada Khamis lalu.

Dua lelaki itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar secara berasingan pada 4 dan 5 petang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, suspek pertama berusia 30-an ditahan di Jitra, manakala tangkapan kedua berusia 20-an di Kepala Batas, Alor Setar.

Menurutnya, polis merampas dua busur pemanah, satu tabung pengisi anak panah warna hitam dan 21 anak panah.

"Tangkapan dilakukan terhadap suspek kerana melakukan penganiayaan terhadap haiwan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Anjing liar mati dipanah

Ahmad Shukri berkata, hasil pemeriksaan air kencing kedua-dua suspek adalah negatif dadah dan mereka akan diserahkan kepada pihak Veterinar untuk siasatan lanjut.

"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 29(1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015/Seksyen 45 Akta Binatang 1953," katanya.

Sinar Harian melaporkan seekor anjing mati dipercayai dibunuh seorang lelaki dengan menggunakan anak panah di kawasan Seberang Jalan Putra, Alor Setar pada Khamis lalu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!