Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Pahang meninggal dunia akibat serangan jantung

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang Alwi Abdul Hamid meninggal dunia kira-kira 5.30 petang semalam akibat serangan jantung.

Penolong Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Pahang Mohd Azizi Kamsari berkata, Alwi yang berusia 58 tahun sebelum itu telah dimasukkan ke Hospital Jerantut pada Isnin lepas selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri satu mesyuarat di daerah berkenaan.

“Allahyarham kemudian telah dibawa pulang ke Kuantan untuk mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital swasta pada Selasa sebelum meninggal dunia petang semalam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jenazah, katanya telah dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Padang Jambu, Dungun untuk dikebumikan malam tadi.

Allahyarham yang meninggalkan seorang isteri dan tujuh anak itu mula berkhidmat dengan kementerian itu pada Jan 1992 dan pernah bertugas di Terengganu, Putrajaya dan Pahang.- Bernama

Artikel Berkaitan: