X

Kindly register in order to view this article
!

Kelab rekreasi langgar SOP dikompaun RM50,000

Kelab rekreasi di sebuah daerah mengadakan majlis perasmian sehingga menyebabkan pelanggaran SOP yang ditetapkan. Gambar kecil: Kompaun yang dikeluarkan oleh polis daerah Bera terhadap Kelab rekreasi pada Sabtu.
A
A

KUANTAN - Sebuah Kelab rekreasi dikenakan kompaun RM50,000 kerana kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak melakukan penjarakan meja makan ketika mengadakan majlis perasmian di sebuah pusat komersial, di Bera.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, kompaun itu dikeluarkan oleh Pasukan Pematuhan SOP PKPP atas nama pengerusi kelab tersebut pada jam 12.29 tengah hari, Sabtu

“Lelaki berusia 47 tahun bersama ahli kelab didapati melakukan kesalahan mengadakan majlis perasmian dengan tarian naga dan tiada penjarakan meja makan sepanjang majlis berlangsung," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mansor berkata, pasukan pematuhan tersebut telah melakukan pemerhatian sewajarnya sebelum mengeluarkan notis kompaun berkenaan.

“Noti dikeluarkan seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Pejabat Peguam Negara memaklumkan, orang ramai yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenakan kompaun sehingga RM10,000 berkuatkuasa 11 Mac.

Kompaun sebanyak RM50,000 turut akan dikenakan bagi syarikat yang didapati melakukan kesalahan yang sama.

Perkara itu sudah diwartakan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!