1,354 kes baharu positif Covid-19, empat kematian

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Malaysia merekodkan sebanyak 1,354 kes baharu Covid-19 dengan tiga lagi kluster baharu dikesan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Ahad berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia bertambah kepada 323,763 kes manakala jumlah kumulatif kluster aktif pula ialah 424.

Beliau berkata, Selangor kekal menjadi negeri yang merekodkan pertambahan harian tertinggi iaitu sebanyak 577 kes diikuti Sarawak (178 kes) dan Pulau Pinang (154 kes).

Sementara itu katanya, kes baharu di negeri lain pula ialah Johor dengan 121 kes, Perak (101), Sabah (39), Terengganu, Kuala Lumpur (55), Negeri Sembilan (21), Kedah (33), Melaka (4), Kelantan (26), Pahang (5), Putrajaya (2) dan Labuan (1).

Dr Noor Hisham berkata, Perlis menjadi satu-satunya negeri yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu pada Ahad.

Artikel Berkaitan: