X

Kindly register in order to view this article
!

Ubah suai kenderaan: 13 kereta, 15 motosikal disita

Antara motosikal yang disita dalam Op Ekzos Bising di Iskandar Puteri pada Ahad.
A
A

ISKANDAR PUTERI - Sebanyak 28 kenderaan disita atas pelbagai kesalahan melibatkan pengubahsuaian yang tidak mematuhi spesifikasi menerusi Op Ekzos Bising di Iskandar Puteri pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam operasi yang dijalankan bermula jam 10 malam hingga 2 pagi itu, pihaknya turut mengeluarkan 85 saman.

Menurutnya, sebanyak 96 kenderaan termasuk kereta dan motosikal serta 106 orang individu diperiksa dalam operasi itu.

"Polis mengeluarkan 85 saman melibatkan 13 kesalahan dan perlanggaran peraturan jalan raya.

"Antaranya ekzos yang telah diubah suai, tiada lesen menandu kenderaan, nombor pendaftaran tidak ikut peraturan, lesen tamat tempoh dan tidak dilindungi insurans, letak kenderaan salah, cermin sisi, tidak pamer pelekat P dan L, lampu silau dan ubah suai struktur kenderaan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Dzulkhairi berkata, kenderaan yang disita terdiri daripada 13 buah kereta dan 15 motosikal.

"Kesemua kenderaan yang disita dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk tindakan lanjut.

"Operasi berjalan dengan lancar dan tiada sebarang tangkapan direkodkan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!