Kelantan pantau pembakaran terbuka

TUAN MOHD SARIPUDIN
TUAN MOHD SARIPUDIN
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan memantau aktiviti pembakaran terbuka,terutamanya pada musim kemarau dan melibatkan kawasan tanah gambut.

Exco Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, pihaknya sentiasa memberikan khidmat nasihat melalui kempen yang diadakan.

"Kita buat persiapan setiap tahun bagi menghadapi musim kemarau, terutamanya di kawasan tanah gambut dan telah mengadakan mesyuarat dengan Jabatan Alam Sekitar untuk membuat sebaran melalui kempen di masjid dan sebagainya.

"Kita beri nasihat dan amaran berkaitan bahayanya pembakaran terbuka serta denda yang dikenakan jika disabitkan kesalahan," katanya kepada pemberita di Majlis Bantuan One-Off Covid-19 Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini pada Ahad.

Katanya, kerajaan juga melarang aktiviti mengutip sampah di kawasan pelupusan sampah memandangkan kawasan tersebut terdedah pelbagai bahaya.

Beliau juga memberitahu, pasukan pemantau dari Penguat kuasa Majlis Daerah akan melakukan pemantauan berterusan melibatkan 10 kawasan pelupusan sampah di seluruh negeri berkenaan bagi memastikan tiada pencerobohan.

Mengulas mengenai bantuan one-off yang diberikan, Tuan Mohd Saripudin memberitahu, RM1.5 juta diperuntukkan kepada petani dan penternak yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Seramai 4,500 orang dijangka mendapat manfaat tersebut di seluruh negeri mengikut keluasan tanah yang mereka usahakan, katanya.

Artikel Berkaitan: