Xavier yakin terhadap PN: Hamzah

Datuk Seri Hamzah Zainudin
Datuk Seri Hamzah Zainudin
A
A
A

SHAH ALAM - Sokongan Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar terhadap Perikatan Nasional (PN) merupakan satu manifestasi keyakinan bahawa PN mampu membantu rakyat terutama ketika menghadapi pandemik Covid-19.

Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin mengalu-alukan pengisytiharan terbuka Xavier untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas dan menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Memandangkan beliau adalah seorang ahli Parlimen yang berpengalaman luas, parti PN percaya bahawa keputusan itu telah dibuat bagi mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat,” katanya yang juga Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, Dr Xavier mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan, beliau turut mengumumkan akan menjadi Ahli Parlimen Bebas dan menyokong kerajaan PN.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil kerana kekecewaan beliau terhadap situasi politik yang berlaku dalam negara ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN Xavier umum letak jawatan Naib Presiden PKR, keluar parti

Artikel Berkaitan: