Konvensyen DAP Perak kecoh

Thomas Su (dua dari kanan) antara individu yang kelihatan ketika kekecohan yang berlaku ketika Konvensyen Biasa DAP Perak di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini pada Ahad
Thomas Su (dua dari kanan) antara individu yang kelihatan ketika kekecohan yang berlaku ketika Konvensyen Biasa DAP Perak di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini pada Ahad
A
A
A

IPOH - Konvensyen Biasa DAP Perak yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini kecoh pada Ahad.

Difahamkan kekecohan tersebut berlaku disebabkan proses pemilihan yang berlangsung pada konvensyen kali ini.

Kejadian tersebut berlaku sejurus selepas perasmian konvensyen berkenaan yang disempurnakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su Keong Siong berkata, kekecohan itu disebabkan proses pendaftaran pemilih yang sepatutnya tamat pada jam 10 pagi tetapi disambung sehingga 12 tengah hari.

Beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan ruang harus diberikan kepada semua pemilih.

"Pemilihan sepatutnya berlaku secara adil bukan memberi kelebihan kepada mana-mana pihak.

"Sepatutnya buka pendaftaran pemilih kepada semua bukan kepada ahli-ahli tertentu. Kita pun boleh panggil ahli kita," katanya kepada pemberita ketika konvensyen tersebut.

Thomas Su antara pemimpin yang bertanding bagi merebut kerusi 15 ahli jawatankuasa DAP Perak yang dipertandingkan.

Artikel Berkaitan:

Turut bersama di dalam pasukan beliau, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pokok Assam, Leow Thye Yih dan ADUN Pasir Bedamar, Terence Naidu.