Taliban umum rundingan dengan AS di Islamabad

Taliban berkata perundingnya akan bertemu dengan duta AS bagi mengadakan rundingan bulan ini di Islamabad.
Taliban berkata perundingnya akan bertemu dengan duta AS bagi mengadakan rundingan bulan ini di Islamabad.
A
A
A

KABUL - AFGHANISTAN . Taliban semalam berkata perundingnya akan bertemu dengan duta Amerika Syarikat (AS) bagi mengadakan rundingan bulan ini di Islamabad, dan turut berbincang dengan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan bagi membincangkan tentang Afghanistan.

Walaupun Islamabad tidak mengesahkan rundingan itu, Washington berkata ia tahu tentang pengumuman itu yang dibuat selepas beberapa minggu mesyuarat antara pegawai AS dan Taliban.

Pengumuman itu dibuat ketika kunjungan ketua perunding AS ke seluruh dunia untuk mendapatkan sokongan kepada proses keamanan bagi mengakhiri perang paling lama itu.

Zalmay Khalilzad, bekas duta ke Afghanistan, mengadakan rundingan dengan militan itu pada bulan lalu di Qatar, di mana Taliban mempunyai pangkalan di situ.

Lebih banyak rundingan dijangka diadakan bulan ini.

Khalilzad mengetuai delegasi yang besar dalam kunjungan ke Belgium, Jerman, Turki, Qatar, Afghanistan dan Pakistan. – AFP

Artikel Berkaitan: