X

Kindly register in order to view this article
!

RUU 355 sudah bersedia dibawa ke rundingan di negeri

A
A

SHAH ALAM - Cadangan dua Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau dikenali sebagai RUU355 dan RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam sudah bersedia untuk dibawa ke rundingan bersama negeri-negeri pada bulan hadapan.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary menerusi hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Melalui hantaran itu, Ahmad Marzuk memaklumkan bahawa satu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Bil 159 telah berlangsung pada 9 hingga 11 Mac lalu.

“Saya juga sempat hadir sebentar untuk mengikuti perkembangan perbincangan ahli jawatankuasa.

“Saya yakin mereka telah mencurahkan sepenuh usaha bagi memastikan RUU ini lengkap dan bersedia untuk dibawa ke peringkat seterusnya,” katanya.

Pada 26 November tahun lalu, Ahmad Marzuk dilaporkan berkata, RUU 355 perlu dirunding dengan negeri sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

Katanya, langkah itu bertujuan mendapatkan pandangan kerajaan negeri berhubung RUU berkenaan.

Dalam hantarannya juga, Ahmad Marzuk turut mengucapkan tahniah kepada tiga lagi ahli jawatankuasa yang baru dilantik iaitu peguam, Nik Bahrum Nik Abdullah dan Ahmad Jailani Abdul Ghani serta Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nurhafilah Musa

“Semoga kehadiran mereka akan melancarkan lagi proses penggubalan perundangan syariah utama mengikut Roadmap Pelan Pemerkasaan Undang-Undang Syariah 2020-2025 yang kita sasarkan,” katanya.

PERKEMBANGAN RUU 355 Alhamdulillah, selangkah lagi kita ke hadapan. Dengan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa...

Posted by Ustaz Marzuk Shaary on Saturday, March 13, 2021


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!